Jumaat lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan 32 pemain bawah 18 tahun untuk menyertai sesi latihan dan pemilihan skuad bagi menghadapi kelayakan  AFC B19 2020 yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 11 November 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Daripada 32 pemain itu, 9 daripadanya merupakan muka baharu yang dipilih berdasarkan prestasi mereka dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia manakala selebihnya merupakan pemain daripada skuad naib juara Kejohanan AFF B-18 bulan lalu.

Antara muka baharu yang menarik perhatian pengendali skuad Malaysia B-19, Brad Maloney ialah Arif Aiman Hanapi, Diniz Irwan dan Aikmal Roslan.

“Sembilan pemain baru akan menyertai panggilan kali ini, jadi kami mahu memberikan peluang untuk mereka merebut tempat dalam skuad akhir. Tiada jaminan buat mana-mana pemain untuk tersenarai dalam skuad akhir.

“Setiap pemain mempunyai peluang sama rata. 20 pemain lain dalam senarai terdahulu juga akan bersama kami. Ia tentang melihat siapa yang boleh menyesuaikan diri dengan corak permainan dan falsafah pasukan.

“Kami akan melakukan pemilihan akhir apabila tiba masanya,” katanya dalam Stadium Astro. 

68453784_2334152230014861_1652094513692278784_n
FOTO: FAM

Malaysia diundi dalam kumpulan G bersama-sama Thailand, Kemboja, Brunei dan Kepulauan Marina Utara. 12 juara kumpulan serta 4 pasukan naib juara terbaik akan layak beraksi dalam kejohanan AFC B19 2020 yang akan berlansung di Uzbekistan.

Pasukan yang berjaya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan itu akan menerima slot AFC ke kejohanan Piala Dunia B20 pada tahun 2021.

btbxqye972rgjixdpwyv

Sementara itu, Maloney turut meluahkan rasa bangga apabila mendapat tahu penyerang pasukan itu, Luqman Hakim Shamsudin berjaya mendapat kontrak beraksi bersama kelab liga utama Belgium, K.V. Kortrijk.

“Saya amat gembira untuknya. Ia peluang yang hebat buat pemain muda sepertinya untuk melebarkan kariernya. Suasana di sana amat profesional dengan budaya, pengalaman dan cuaca berbeza.

“Bagi saya, ia peluang yang amat bagus buatnya,” tambahnya.

Artikel lain berkaitan dengan pasukan bawah 18 tahun Malaysia.

FAM Rancang Hantar Skuad Malaysia B-18 Berlatih Di Luar Negara

Malaysia Tidak Berjaya Pertahankan Kejuaraan AFF B-18

Luqman Hakim Antara 10 Pelatih AMD Dipilih Wakili Negara Dalam Kejohanan AFF B-19

Sumber